redxky's novel

Boyfriend or
Bodyguard?












X
Sunday 1 June 2014

 
 
 
 
Boyfriend or Bodyguard ?
( dont ya copy all these words !)




 


CHAPTER FOUR.


Telefon Sarah berdering ketika dia sedang membuat kerja pada pukul 1:34 pagi itu. Dia mengambil telefonnya dan tekan butang hijau.

       “Hello !”Sarah memulakan perbualan ditalian. Ada juga yang menelefonnya pada pagi buta macam ni.
       “………”Tiada sebarang jawapan. Sarah melihat skrin telefonnya. Ni nombor Syafiq ni …
       “Syafiq … tak payah risau pasal saya. Saya dah tau. Cakaplah apa yang awak nak cakap.”Sarah menahan air matanya. Dia bersabar dan menunggu jawapan dari talian sana.
       “Maafkan saya, Sarah. Saya bersalah sebab tak bagitau awak haritu. Masa saya marahkan awak dan minta putus hubungan kawan. Saya minta maaf ….”Kedengaran suara Syafiq yang begitu lemah ditalian. Sarah bimbang.


       “Syafiq ! Aku pergi bilik kau tau !”Sarah segera menyarung tudung sarungnya dikepala. Sebelum itu, dia melihat dirinya. Seluar track hitam dan baju lengan panjang berwarna purple. Setelah itu, dia terus keluar dari bilik. Dia mengunci biliknya dari luar.Sarah berlari ke bilik Syafiq dengan segera.
‘Syafiq … aku maafkan kau. Tapi, lainkali, bagitaulah awal-awal !’

Sarah melihat bilik Syafiq ada beberapa guru dan pelajar disitu.Dia terus menghampiri.
       “Teacher … what’s wrong ?”Sarah bertanya kepada salah satu guru disitu.Guru itu menggeleng.Sarah menyelitkan dirinya dikalangan guru dan pelajar itu. Dia melihat Syafiq sedang berpeluh dan mukanya pucat. Sarah terus berjalan menghampiri Syafiq yang terbaring lemah dikatilnya itu.


       “Sarah…. Maafkan aku… aku rasa hidup aku tak lama. Maafkan aku, Sarah. Aku mencintai kau seumur hidup aku sampailah aku mati. Tapi, aku rasa kita tak ada jodoh. Aku harap kau bahagia, Sarah. Aku akan sentiasa memerhatikan kau dan jaga kau dari sana.”Syafiq memegang pipi Sarah. Sarah tidak peduli lagi dan dia menangis sepuas hatinya. Syafiq memberi Sarah sepucuk surat.


      “Sarah …. Aku sentiasa ingat kenangan kita masa kecil. Kita selalu bergembira. Kemana aku pergi, kau pun ada. Aku sentiasa melindungi kau. Tapi, tidak harini, tidak semalam …. Aku tak menjaga kau. Aiman …. Aiman sekarang menjaga kau. Masa aku tak banyak lagi. Kalau kau tak puas, bacalah surat yang ada kat dalam sampul tu. Sarah, …. I’m really sorry and I love you so much …”Syafiq memejamkan matanya sambil tersenyum. Sarah mengoncang-goncangkan badan Syafiq. Dia tidak mempercayai. Dia bersama Syafiq hanya sekejap. Tidak sampai 30 tahun pun. Sarah mengoncang tubuh Syafiq lagi.
     “Syafiq !! Syafiq …. Syafiq !!! Tak !”Sarah menangis dan menggenggam tangan Syafiq dengan erat. Aiman yang baru datang hanya melihat. Dia juga turut menangis.


Pagi nanti, ibubapa arwah Syafiq dan ibubapa Sarah akan sampai. Sarah dan Aiman hanya duduk dibangku taman universiti mereka. Mereka berdua ,guru-guru dan pelajar yang terlibat sahaja yang tidak tidur ketika ini. Aiman melihat jam tangannya. Pukul 4:50 pagi. Sarah masih tersedu-sedu. Dia harus reda dengan pemergian Syafiq. Tetapi, dia masih tidak mempercayainya. Adakah selama ni Syafiq merahsiakan perkara ni dari pengetahuannya ? Ah !


     “Sarah …. Aku tau kau tengah runsing sekarang ni .. apa kata kau baca je surat tu dulu. Mungkin akan hilang sikit runsing kau tu..”Sarah menggangguk. Dia mengoyakkan setengah bahagian sampul itu dan dia mengeluarkan sehelai kertas didalamnya.
Sarah membacanya dengan tekun.



Untuk Sarah,

           

                    Maafkan aku, Sarah. Aku rasa bersalah sebab tak bagitahu kau yang aku ada penyakit yang serius. Sebenarnya, penyakit ni ada sejak aku kecil lagi. Aku pun tak tahu ini penyakit apa. Yang tahu , hanyalah ibubapa kau je. Aku sengaja tak nak bagitahu kau. Takut kau akan pergi jauh dari hidup aku. Sebab aku mencintai kaulah aku tak nak bagitahu kau tentang penyakit aku.Sarah… aku jugak nak bagitahu kau, yang Aiman tu saudara akulah. Kitaorang berpura-pura tak kenal dan sebenarnya aku dengan dia baru berjumpa tahun ni. Dia jugak suruh bagitahu aku siapa perempuan yang selalu rapat dengan aku tu. Aku bagitahu jelah. Dia kata kau cantik. Famous jugak kau ! Tapi, kan aku jugak pernah berangan nak jadi suami kau.Tapi, aku rasa angan-angan aku tu jadi angan jelah. Maaf ya…

Sarah … penyakit aku tu bukan mak ayah aku je yang tahu, mak ayah kau pun tahu jugak. Aku suruh mak ayah kau rahsiakannya. Maaf sekali lagi. Aku nak kau selalu bahagia dalam hidup kau. Si Aiman tu sukakan kaulah, Sarah. Dia pernah bagitahu aku yang dia cintakan kau sejak pertama kali jumpa. Cinta pandang pertama lah katakan J. Tapi, aku tak kisah. Asalkan kau bahagia. Kau pilih jelah dia. Dia baik, pandai, kaya … handsome pulak tu ! Lebih kurang macam akulah. Sarah … aku betul-betul akan jaga kau kat sana. Aku janji. Sebab aku cintakan kau sangat-sangat ! Aku harap kau selalu doakan aku kat sana J. Sarah … janji dengan aku yang kau akan pilih jalan yang terbaik untuk hidup kau ! Sarah , aku masih ada masa kau tengah menangis sorang-sorang kat tempat yang sunyi tu. Aku dengan Aiman ada masa tu. Aku suruh Aiman pergi dekat kau. Aku rasa bersalah masa tu. Aku pun tak sanggup nak putus kawan dengan kau L. Masa tu juga, aku dapat rasa penyakit aku dah datang. Muka aku jugak dah pucat. Orang sekeliling asyik pandang aku je. Kesian dengan aku agaknya. Sarah sepanjang malam tu, aku tak dapat nak lupakan kau J.Aku berasa bangga dapat kawan macam kau. Kawan pertama dan cinta pertama aku … Selamat tinggal, Sarah Syafiqah.
                                                                         |Syafiq |
                                                                 Dari Syafiq Safwan.
                                                                           


Sarah terharu. Tetapi, Aiman yang berada disebelahnya hanya berdehem-dehem. Pasti dia juga membacanya. Darahnya mengalir keseluruh mukanya. Sarah menekup mukanya dengan tangan. Dia tidak pasti adakah itu tindakan dia atau tangan dia yang bergerak sendiri ? Sehelai kertas itu melayang jatuh ke tanah. Aiman mengambilnya dan memberikan kertas itu pada Sarah. Kertas itu sudah bertukar tangan.Sarah memasukkan sehelai kertas itu didalam sampulnya semula. ‘Apsal muka aku panas semacam je ni ? Malu ke ?’ Sarah menggeleng-geleng. Tindakannya itu diperhatikan oleh Aiman yang berada disebelahnya. ‘Ada-ada aja si Sarah ni ..’


        “Sarah … betul ke awak redha dengan pemergian Syafiq ? Saya redha aja.”Aiman menahan tangisnya. Sarah juga begitu. Kehilangan seseorang yang paling membahagiakan hidupnya amat perit. Tetapi, perlu juga redha dengan apa yang berlaku. Semuanya ketentuan-Nya. Sarah menggangguk.
            Selama beberapa puluh minit berdiam, ….


        “Sarah ! Sarah !!” Mamanya, Tan Sri Syaqirah menjerit memanggil-manggil namanya dari jauh. Sarah dan Aiman bangun dan berjalan ke arah mereka. Sarah memeluk mamanya dengan erat. Tan Sri Syaqirah memahami perasaan anak tunggalnya itu. Pasti amat perit untuk Sarah.
         “Aiman ?? Macam mana Aiman ada dekat sini ?” Sarah bingung. Mama kenal dengan Aiman ?
         “Aiman dapat universiti kat sini jugak. Kebetulan jumpa arwah Syafiq dengan Sarah ni.” Aiman menyalam tangan wanita yang bernama Tan Sri Syaqirah itu.


         “Mmm … Macam mana mama kenal dengan Aiman ?” Sarah berasa tertanya-tanya dalam hatinya. Akhirnya, diluahkan juga.
         “La … takkan kamu tak perasan ? Aiman selalu ziarah keluarga kita. Tulah ! Asyik dengan bilik aja !” Sarah hanya diam dan mengembangkan mulutnya. Aiman tergelak kecil.
Comel betul bila Sarah buat macam tu !


        “Aunty, mana Tan Sri Ahmad dengan papa mama arwah Syafiq ?” tanya Aiman. Kelibat orang yang dimaksudkannya itu tiada lagi. Sarah juga menunggu jawapan dari mulut mamanya.
        “Beli makanan kejap. Nanti sampai lah tu. Sarah ….”Tan Sri Syaqirah memandang muka anaknya yang kelihatan sembap itu. Mesti anaknya ini menangis semahu-mahunya. Aiman bermuka sayu.
        “Sarah … dan Aiman …. Baik-baik ya dekat universiti ni. Sekarang, kamu berdua berkawanlah. Mama nak kamu ada semangat sikit masa belajar. Aiman boleh tolong kamu buat kerja yang kamu tak faham.”Tan Sri Syaqirah merenung anaknya lagi. Sarah memeluk mamanya dengan erat. Aiman hanya memerhati.


Budak manja !
“Ha ! Tu mesti mak dengan ayah arwah Syafiq !” Aiman bangun dari duduknya. Sarah merenung ke lantai. Pasti mama dan papa Syafiq sedih dengan kejadian ni.
       “Aiman ! Sarah !” Mereka melambai dari jauh. Aiman membalas lambaian itu, tetapi, Sarah masih merenung lantai yang tidak sebersih mana.Tan Sri Syaqirah menggeleng.
       “Sarah !” Sarah mengangkat kepalanya. Ayah !!
Sarah berlari mendapatkan ayahnya. Dia memeluk ayahnya pula. Ayahnya membalas pelukan. Sarah … Sarah


       “Sarah … sudahlah tu… kamu harus redha. Ya ?” Tan Sri Ahmad mengusap lembut kepala anaknya yang ditutupi tudung sarung itu. Tan Sri Zulaikha dan Tan Sri Akmal melihat Sarah dengan pandangan sayu.
        “Ya , Sarah… Kamu harus redha dengan pemergian arwah Syafiq.  Mak Zu tengok mata kamu tu dah sembap dah. Sudahlah tu, Sarah…Mak Zu tengok pun, Mak Zu nak nangis dah.”Itulah panggilan Tan Sri Zulaikha padanya.
        “Pak Mal pun nak nangis ni. Huhu ..”Sarah tergelak kecil. Boleh pulak gelak time macam ni.. ada-ada je Mak Zu dengan Pak Mal.
     

        “Aiman ? Kebetulan jumpa kat sini ! Apa khabar ? Baik ? Mak macam mana ?” Aiman menyalami tangan Tan Sri Zulaikha, Tan Sri Akmal dan ayah Sarah, Tan Sri Ahmad. Sarah juga berbuat begitu. Dia hampir terlupa.
        “Baik je, Mak Zu. Mak dan ayah pun sihat alhamdulillah.” Aiman tersenyum tapi matanya tertumpu pada Sarah. Mak Zu pelik. Cakap dengan kita tapi, pandang tempat lain. Mak Zu memandang ke arah mata Aiman. Hm .. dah agak dah ! Budak ni !


Akhirnya, selepas beberapa jam .. Jenazah Syafiq dibawa pulang oleh keluarganya dan keluarga Sarah. Mereka menaiki kapal terbang peribadi sendiri. Memang kaya betul diorang ni ! Sarah dan Aiman masih menyambung pelajaran. Bilik Syafiq pula dibiarkan kosong sehingga ada penghuni yang hendak berpindah kebilik itu.


       “Sarah … mama dan ayah balik dulu, ye sayang. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum..” Tan Sri Syaqirah mengucup dahi Sarah. Sarah menyalami tangan kedua ibubapanya dan ibubapa arwah. Aiman juga begitu. Sarah hanya menjawab salam dalam hati.
       “Aiman, boleh tolong aunty sekejap.” Tan Sri Syaqirah memanggil Aiman jauh sedikit dari tempat mereka berkumpul.
       “Ya, aunty. Aiman boleh tolong apa ?” Aiman berasa pelik. Pasti sesuatu yang penting hendak dibicarakan.


       “Boleh Aiman tolong jagakan Sarah ?” Aiman terkedu. Jaga ?
Dia pasti, mama Sarah mahu dia menjaga Sarah seperti arwah Syafiq menjaga Sarah.
       “Insyallah, aunty. Aiman pasti akan menjaga Sarah. Aunty jangan risau.” Aiman senyum sambil memandang Sarah yang terkebil-kebil memandangnya juga. ‘Apa kena mamat tu ? Pandang-pandang aku lepas tu senyum-senyum macam kerang busuk. Bisik-bisik pulak tu ! Ada yang tak kena ni !’
Sarah melambaikan tangannya ke arah keluarganya yang hendak berlepas dari lapangan kapal terbang. Aiman dan Sarah pulang dengan menaiki kereta Aiman.


       “Aiman . Apa yang mama cakap pada kau ?” Sarah mula memakai tali keledar. Aiman menggeleng.
       “Yeke tak ada cakap apa-apa ? Tadi, kau senyum-senyum kat aku tadi tu ….”Sarah memandang tingkap yang berada disebelahnya. Soalan itu dibiarkan berlalu. Setelah lama berdiam, Aiman memulakan bicaranya.


       “Nanti, kita pergi taman nak ? Boleh ambil angin sekejap. Lagipun, guru-guru kat universiti tu kata kita berdua je yang boleh cuti harini. Kita tak ada kelas sampai lusa. Boleh eh ? Tak lama pun …” Sarah tersenyum kelat.


       “Yelah … lagipun, kalau duduk dalam bilik tak buat apa-apa, bosan jugak. Boleh ambil udara segar sikit.” Sarah menjawabnya dengan tenang. Dia terfikir, kalau dia asyik memerap dalam bilik tu, baik dia keluar ambil angin. Baru tak pedih sangat.


       Aiman senyum sehingga ke telinga. Rasa dalam hatinya sekarang ni, tengah berbunga. Dalam hati, ada taman lah katakan. Kalau tak ada taman, tidaklah dia seceria ni.Aiman melajukan pemanduannya tetapi, tidaklah sampai tahap maksimum.



BERSAMBUNG ... 

Labels: